berita

Foto: Nabila Huda Lebih Sesuai Jadi Saloma?

November 6th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-11-06 at 15.11.15

Sebelum ini nama-nama terkenal seperti Liza Hanim, Elly Mazlein dan Nadia Aqilah pernah berlakon membawakan watak biduanita Saloma.

Tetapi nampaknya pembikin filem kini melihat Nabila Huda sebagai wajah baru yang mungkin lebih sesuai untuk membawakan watak popular berkenaan.

Melihat kepada foto-foto yang dikongsikan oleh Nabila di Instagram, OHBULAN! difahamkan aktres tersebut sedang sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah filem biopik khas untuk biduanita Saloma.

Screen Shot 2013-11-06 at 12.16.37

Selain daripada Nabila, Sazzy Falak juga turut berlakon sebagai Mariani iaitu kakak kepada Saloma di samping pelakon hebat seperti Hasnul Rahmat dan Lydiawati.

Untuk pengetahuan anda, biopik Saloma yang diarahkan oleh Melissa Saila menggunakan sebuah banglo lama di Pulau Pinang sebagai lokasi utama penggambaran itu.

Screen Shot 2013-11-06 at 12.26.43

Apa yang menariknya, banglo yang sebelum ini nampak kelam menjadi berseri selepas dihias cantik sesuai dengan tema filem tersebut yang berkisar sekitar era 40an hingga ke awal 80an.

Bagaimanapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto Nabila Huda dan rakan artisnya yang lain sewaktu menjalani penggambaran biopik Saloma.

Kredit foto: Instagram Nabila Huda, Sazzy Falak & Hasnul Rahmat

SKIP THIS AD ×