berita

Foto : Nabila Huda Respon Teguran Peminat

November 26th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

1

Tidak dinafikan nama Nabila Huda sering terpalit dengan kontroversi. Sebut sahaja nama pelakon ini, pasti anda terbayang kontroversi yang pernah menimpa wanita ini suatu ketika dahulu.

Namun beberapa hari lepas, kecoh di laman Instagram Nabila Huda apabila aktres ini berang dengan tindakan pengguna sosial yang menegur caranya berpakaian.

Sejak kebelakangan ini, Nabila sering memuatnaik foto-foto seksi, dimana busana yang digayakannya itu merupakan kostum untuk filem biopik khas, biduanita Saloma.

2

Antara perbualan Nabila Huda dengan pengguna laman sosial

Menerusi salah satu foto tersebut, Nabila dilihat terkilan dengan perbuatan segelintir pengikutnya di laman Instagram sekaligus menyebabkan pelakon ini bertindak membalas teguran secara lantang untuk mempertahankan dirinya.

Dalam pada itu, Nabila turut menegaskan dia hanya ingin berkongsi gambar untuk tatapan peminat dan tidak memerlukan teguran daripada sesiapa.

3

Luahan Nabila Huda di laman sosial

Untuk pengetahuan anda, Nabila Huda memegang watak Saloma yang mengahwini P.Ramlee (Tony Eusoff) selepas bercerai dengan  A.R. Tompel (Azhan Abdul Rani).

Apa-apa pun, mari layan foto-foto Nabila Huda disebalik tadbir filem Saloma selepas ini.

Sumber : Instagram Nabila Huda

SKIP THIS AD ×