berita

Ramai Gadis ‘Terliur’ Naim Daniel Belanja Foto Nampak Dada

March 4th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Bin Hamdan buat ramai gadis tak keruan selepas beliau berkongsi foto ‘shirtless’

Artikel Berkaitan : Foto MK K-Clique Tayang ‘Six Pack’ Buat Ramai Gadis Tak Keruan

Kali ini, penyanyi Naim Daniel pula yang kongsi foto perubahan ketara pada bentuk fizikalnya yang dilihat semakin sador. Fuh memang jauh betul beza dari awal kemunculan beliau dalam industri seni. Patutlah ramai gadis-gadis tak keruan dibuatnya.

Rajin bersenam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Kalau siapa yang mengikuti penyanyi lagu ‘Purnama’ di laman Instagram, pasti perasan Naim memang giat aktif bersenam sejak tahun lepas. Perubahan tersebut dilihat membuahkan hasil apabila penyanyi tersebut sering memakai baju tanpa lengan menampakkan lagi lengannya yang sasa.

Perkongsian terbarunya sekali lagi menarik perhatian para gadis sehingga Instagram Naim Daniel ruangan pelbagai komen nakal daripada netizen. Memang betul-betul ‘Abam Sador’.

Dapat pujian ramai

Foto terbaru memaparkan Naim Daniel tidak memakai baju dan sambil memegang sehelai baju menutup bahagian perutnya. Rata-rata di ruangan komen memuji ketampanan penyanyi itu yang katanya perubahan fizikalnya sangat sesuai dengan tubuh badan. Betul ke?

Walau bagaimanapun tak kurang juga memuji Naim menutup aurat pusat. Malah terdapat beberapa komen daripada lelaki yang idolakan Naim dan jadikan sebagai sumber inspirasi mereka. Ayuh sador di 2021!

Sumber : Naim Daniel

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×