berita

Foto : Nana Mahazan Selamat Lahirkan Anak Kedua

December 4th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-12-04 at 12.47.06 AM

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan romatis Nana Mahazan dan Raqeem Brian kerana telah dikurniakan seorang bayi lelaki comel seberat 2.83 kilogram semalam.

Bayi lelaki yang diberi nama Aaqib Raqeem Brian ini selamat dilahirkan melalui kaedah normal pada jam 2.24 petang di lokasi yang tidak dinyatakan.

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh penyanyi tersebut melalui laman Instagramnya, dimana Nana dilihat telah memuatnaik sekeping foto cahayamatanya untuk tatapan peminat.

Screen Shot 2013-12-03 at 11.12.44 PM

Memilih nama Aaqib Raqeem Brian untuk anak lelakinya

Selain teruja, Nana juga sempat meluahkan rasa syukur terhadap kelahiran anak keduanya dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

Dalam pada itu, para pengikut akaun Instagram Nana tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah diatas kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka.

Sebagai tambahan, hasil perkahwinannya bersama Raqeem Brian, Nana telah dikuniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Althea sebelum ini.

Apa-apa pun, mari layan video telatah anak perempuan Nana sewaktu bertemu dengan adik lelakinya itu selepas ini.

Sumber : Instagram Nana Mahazan

SKIP THIS AD ×