berita

Foto : Nazim Othman Tunjuk Kebolehan Meluncur Ombak

July 2nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Nazim Othman 7

Pada 29 Jun lalu, Nazim Othman telah terbang ke Bali, Indonesia bersama teman-temannya dan sepanjang berada di pusat peranginan tersebut, pelakon ini telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya melalui laman Instagram serta Twitter.

Menerusi foto-foto yang dipaparkan, pelakon drama Epilog Cinta Khirana ini bukan sekadar berjalan mengelilingi pantai Bali, malah aktor berkenaan turut mencuba aktiviti meluncur ombak bersama teman-temannya.

Nazim Othman 6

Wajah ceria selepas meluncur ombak

Selain berkongsi foto-foto menarik, Nazim turut memuat naik sebuah video percutiannya menerusi lama Keek, di mana video terbabit menunjukkan bagaimana sebuah ombak besar menghempas pantai dan insiden berkenaan turut disaksikan oleh beberapa pengunjung lain.

Untuk semua peminat Nazim Othman, di sini OHBULAN! selitkan juga beberapa foto percutian menarik pelakon kacak tersebut untuk tatapan anda semua. Jom layan!

Kredit Foto & Video : Keek & Instagram Nazim Othman

SKIP THIS AD ×