berita

Foto: Nelydia Ke Luar Negara Demi Qi Razali?

September 18th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-09-17 at 21.09.21

Sejak kebelakangan ini Nelydia Senrose dilihat sering memuat naik foto dirinya di Instagram. Namun kali ini kebanyakannya berlatar belakangkan suasana seakan di luar negara.

Ramai peminat berteka-teki tentang lokasi sebenar Nelydia memandangkan pelakon yang sedang popular melalui drama Cinta Jannah di TV3 ini tidak meninggalkan sebarang petunjuk untuk ke luar negara sebelum ini.

Berkemungkinan besar Nelydia kini sedang melanjutkan pelajaran kerana dia pernah memberitahu media untuk berbuat demikian pada bulan Februari yang lepas.

Bagaimanapun, timbul pula persoalan nakal di kalangan peminat yang berpendapat Nelydia ke luar negara untuk bertemu Qi Razali dan sekaligus menjemput kekasihnya itu pulang.

Walaupun tiada sebarang gambar mereka berdua dirakamkan, namun terselit juga komen Qi melalui sekeping foto yang meminta Nelydia menyimpankan sedikit makanan untuknya.

Screen Shot 2013-09-17 at 22.44.59

Screen Shot 2013-09-17 at 21.04.48

Mungkin bagi Qi, ‘home’ itu bermaksud Malaysia, siapa tahu kan? Kalau mengikut perancangan, Qi akan kembali ke Malaysia dalam bulan September setelah menghabiskan masa selama dua bulan bekerja di Argentina.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto terbaru Nelydia yang cantik jelita ini untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×