Jika sebelum ini OHBULAN! pernah melaporkan bahawa penyanyi bersuara lunak, Nurul Wahab dikatakan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga mertuanya di Perancis, nampaknya jejak langkah penyanyi tersebut turut diikuti oleh sahabat baiknya, Ning Baizura.
Pada 25 Julai lalu, Ning Baizura difahamkan telah terbang ke rumah keluarga mertuanya di Birmingham, United Kingdom dan ini merupakan tahun ketiga penyanyi tersebut menyambut Hari Raya di sana.
Ryan bersama nenek & ibunyanya di UK
Sepanjang berada di UK, penyanyi ini sempat memuat naik beberapa foto comel anaknya dan melalui foto-foto yang dikongsikan itu, Ryan kelihatan begitu gembira sewaktu diminta untuk bergambar bersama datuk dan neneknya.
Dalam pada itu, menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Ning juga dikatakan akan membawa bayi comel itu berjumpa dengan anak-anak tirinya, Siban, 11, dan Aife, 10.
Apa pun, untuk semua peminat Ning Baizura, jom layan beberapa foto comel Ryan bersama datuk dan neneknya sewaktu berada di UK. Jom layan!
Kredit Foto : Instagram Ning Baizura