berita

Foto: Nora Danish Di Surabaya, Adi Putra Sudah Sihat?

August 22nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-08-21 at 23.38.14

Kalau diperhatikan corak pembikinan filem mahupun drama di Malaysia sekarang ini, syarikat produksi dilihat lebih gemar menjalani penggambaran di luar negara. Mungkin kerana pemandangan di sana lebih cantik dan belum diterokai.

Nora Danish juga tidak ketinggalan berkongsi foto-foto menarik sepanjang menjalani penggambaran di Surabaya, Indonesia sejak beberapa hari yang lepas.

Kalau tak silap OHBULAN!, pemergian Nora ke sana adalah untuk merakam muzik video lagu latar filem Suami Aku Ustaz yang berjudul Cintaku.

Namun dalam banyak-banyak foto yang dikongsikan oleh Nora, terselit juga sekeping dua gambar Adi Putra yang dipercayai turut sama menjalani penggambaran.

Screen Shot 2013-08-21 at 23.34.57

Umum tahu bahawa baru-baru ini Adi telah dikejarkan ke hospital lebih kurang dua hari yang lepas sebelum disahkan menghidap batu karang.

Kemungkinan besar Adi telah kembali bekerja, ditambah lagi dengan caption ditulis Nora untuk sekeping gambar yang berbunyi begini:

@adp_adiputra is bck #respect

Untuk pengetahuan anda, selain berlakon di dalam filem Suami Aku Ustaz, Adi turut memegang gelaran sebagai pengarah bersama di samping Ghaz Abu Bakar.

Jadi untuk berkongsi kecantikan Nora Danish dan keindahan pemandangan di Surabaya, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×