Kalau nak bandingkan, sudah pasti OHBULAN! sendiri pun pusing kepala. Kehadiran 2 selebriti iaitu Nora Danish, 30, dan Anzalna Nasir, 23, ke majlis pengumuman Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) yang berlangsung di Hotel Royale Bintang, Curve telah mencuri perhatian tetamu-tetamu yang berada disana.
Tampil berbusana putih, jika dilihat sekali imbas, Nora Danish kelihatan anggun dan menarik mata yang memandang dengan gaun yang mendedahkan sedikit bahagian bahunya umpama pakaian puteri di zaman Rom. Namun begitu, Nora bijak menutup sedikit bahagian yang terdedah dengan rambutnya yang ikal.
Berlainan pula dengan Anzalna Nasir, tampil berbusana hitam, dia kelihatan jelita dengan bibir berwarna merah pekat disamping rambutnya yang sengaja diikat belakang. Ini menampilkan lagi kejelitaannya bersama gaun hitam yang kami kira, sesuai dengannya.
Untuk pengetahuan, para selebriti hadir memakai pakaian sebegini adalah disebabkan tema bagi Anugerah Skrin 2012 pada tahun ini ialah berkonsepkan “Selami Dunia Fantasi Kami” (Fairy Tale). Jadi, tidak hairanlah jika anda melihat foto-foto selebriti menggayakan busana yang mempunyai kepak, ataupun apa-apa sahaja yang pelik.
Tidak mahu bercerita panjang, anda pilih, Nora atau Anzalna? Susah kan?
[poll id=”61″]