Pada tanggal 9 Julai lalu, Nurul Wahab dan suami tercinta, Eric Depp telah terbang ke Perancis bagi mempelajari bahasa ibunda negara tersebut dan dalam masa yang sama penyanyi berkenaan turut mengambil peluang yang ada untuk merehatkan diri daripada sebarang aktiviti seni sepanjang bulan Ramadhan ini.
Berkongsi mengenai pengalaman menyambut Ramadhan di Perancis, Nurul turut memaklumkan bahawa pada ketika ini negara tersebut berada dalam keadaan musim panas, oleh itu masa siangnya adalah terlalu panjang.
Perkara ini sekaligus membuatkan Nurul terpaksa berpuasa dalam jangka waktu yang panjang berbanding biasa.
Sesiapa nak datang holiday for next summer (2014) – nak sekarang pun boleh. Tapi kena tahan puasa lebih 12 jam ye..
Kalau rasa tak larat puasa di Malaysia, meh le puasa kat sini… gelap jam 10 malam.. #ramadhandiperantauan #saintdie #desvosges#france #fastingmonth #summer
Nurul meluangkan masa bersama keluarga mertua
Meskipun sedang sarat mengandung dan menjalani ibadah puasa, nampaknya perkara berkenaan langsung tidak menghalang Nurul untuk meluangkan masa bersiar serta melawat tempat-tempat menarik sekitar negara tersebut bersama keluarga mertua dan suami tercinta.
Untuk makluman, Nurul akan berada di rumah keluarga mertuanya itu selama enam minggu dan berkemungkinan besar penyanyi ini akan turut menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.
Bagaimanapun untuk semua peminat Nurul Wahab, di sini OHBULAN! kongsikan beberapa foto serta video menarik penyanyi ini sepanjang berada di Perancis untuk tatapan anda semua.
Kredit video & Foto : Nurul Wahab