Setelah berhempas-pulas belajar, pelakon popular Korea Park Bo Gum akhirnya berjaya menghabiskan pengajiannya di Myongji University dalam bidang teater muzikal. Dia berjaya melengkapkan pengajian dalam masa yang ditetapkan iaitu 4 tahun setelah mendaftar pada 2014.
Sebelum majlis berlangsung, dia sempat mengucapkan sekalung penghargaan kepada rakan-rakan universiti, senior, junior serta profesor yang telah mengajarnya.
Park Bo Gum dilaporkan tidak pernah terlepas menghadiri kelasnya di universiti sepanjang 4 tahun pengajiannya itu. Malahan dia turut menolak beberapa tawaran lakonan bagi memberi fokus terbaik kepada kelas.
Sumber: Koreaboo , Hello Kpop