berita

[FOTO] Pasangan Pengantin Baru Dari Sri Lanka Rai Momen Bahagia Dengan Gelandangan, Respect!

August 13th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Pasangan pengantin baru dari Sri Lanka menggunakan momen indah perkahwinan mereka dengan menghulurkan makanan buat para gelandangan. Menerusi gambar yang dikongsi, mereka masih mengenakan busana pengantin ketika melakukan pengagihan makanan itu.

Ramah menyapa gelandangan

Melalui perkongsian Dishan Thilakshana di laman Facebook, dia dan pasangan tanpa segan silu menegur mereka yang berada di tepi jalan sambil beramah mesra.

Menurut Dishan, dia mendapat idea ini apabila seumur hidupnya dia tidak pernah melihat ada pengantin yang melakukan perkara sebegini. Ternyata ini adalah perkara mulia bagi membantu mereka yang memerlukan.

Ramai puji tindakan mulia

Dia yang menghulurkan pizza dan air berkarbonat kepada para gelandangan tersentuh selepas salah seorang pak cik tua bertanyakan bagaimana cara mahu memakan pizza. Dia menganggap perkara ini hadiah yang paling berharga buat dirinya.

Sumber : Dishan Thilakshana

SKIP THIS AD ×