Sebelum ini, tindakan Intan yang memuat naik gambarnya didukung oleh pelakon kacak, Idris Khan telah mendapat kecaman netizen. Selepas itu, Intan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik foto mesranya yang sedang berpelukan dengan Zul Ariffin yang dianggap tidak sesuai memandangkan statusnya sebagai tunang orang.
Terbaru, nama pelakon ini dan Zul Ariffin sekali lagi hangat diperkatakan apabila beberapa foto mesra mereka bermandi-manda di pantai pula tersebar di media sosial.
Seperti pasangan kekasih
Foto: Funta.my
Menerusi foto tersebut, Zul Ariffin dilihat mendakap erat Intan dengan aksi manja sambil bermandi-manda di pantai. Jika dilihat, mereka berdua seperti pasangan kekasih.
Walau bagaimanapun, ada netizen yang menganggap ini mungkin hanyalah salah satu babak yang mereka lakonkan untuk drama Setelah Ku Dimiliki yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.
Susulan daripada itu, Harian Metro melaporkan bahawa pengarah drama tersebut iaitu Osman Ali terkilan kerana ada pihak sengaja ingin menyebarkan gambar hero dan heroinnya. Dia juga menafikan bahawa gambar tersebut bukanlah satu gimik untuk menaikkan rating drama terbarunya itu.
Ini bukan gimik
Menurutnya, semasa penggambaran montaj bulan madu itu dilakukan dia tiada di lokasi penggambaran sebaliknya berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan lain.
Tetapi segala tanggungjawab untuk montaj tersebut telah diserahkan kepada Jai Nadxaman yang merupakan pembantu pengarah.
Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki.
Adegan tak ada dalam montaj
Foto: Funta.my
Walau bagaimanapun, Jai mengakui bahawa dia telah melakukan 2 versi penggambaran untuk montaj bulan madu yang dilakonkan oleh Intan dan Zul. Tetapi menurutnya, adegan dalam gambar yang tersebar itu sama sekali tidak ada dalam kedua-dua versi tersebut.
Saya ‘shoot’ dua versi bagaimanapun babak masih sama iaitu hanya berlari berkejaran di tepi pantai. Saya terpaksa ‘shoot’ versi kedua kerana pantai versi pertama kurang menarik.
Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam ‘footage’ kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan. Tidak ada adegan seperti itu dalam montaj bulan madu dirakamkan.
Sumber: Harian Metro