berita

Foto Percutian Hafiz Suip Ke Maldives

November 1st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-10-31 at 16.14.50

Dalam diam rupanya penyanyi yang terkenal dengan lagu Bahagiamu Deritaku ini sedang berseronok makan angin di sebuah pulau.

Destinasi pilihannya bukanlah calang-calang kerana Hafiz memilih untuk ke Maldives iaitu lokasi sama yang pernah dikunjungi oleh Aaron Aziz, Neelofa dan Fara Fauzana sebelum ini.

Mungkin kerana pemandangan di pulau tersebut yang cukup cantik dan mendamaikan membuatkan ramai selebriti gemar bercuti ke sana.

Screen Shot 2013-10-31 at 16.14.02

Untuk makluman anda, Hafiz telah berangkat ke Maldives pada 29 Oktober yang lalu bersama adik-beradiknya yang lain.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh penyanyi tersebut di Instagram, Hafiz kelihatan cukup seronok dapat menghabiskan masa dengan memancing.

Penyanyi ini juga dilihat cukup pandai bergambar berlatar belakangkan pemandangan pantai dan matahari terbenam yang indah.

Bagi yang belum melihat foto-foto yang dimaksudkan, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping untuk tontonan anda.

Kredit foto: Instagram Hafiz Suip

SKIP THIS AD ×