berita

Foto : Rabecca Nur Al Islam Dapat Jolokan Hot Mama

September 5th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Rabecca 21

Pelakon jelita berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab, Rabecca Nur Al Islam kini dilihat sedang sarat mengandung dan usia kandungan tersebut dikatakan sudah mencecah 8 bulan lebih.

Menerusi laman sosialnya, Rabecca turut memaklumkan bahawa dia sudah tidak sabar untuk menunggu kelahiran bayi keduanya itu, yang dijadualkan bakal lahir dalam masa terdekat.

Screen Shot 2013-09-04 at 5.22.48 PM

Screen Shot 2013-09-04 at 9.32.19 PM

Rabecca 20

Rabecca diapit oleh teman-teman rapatnya

Meskipun membawa status sebagai ibu mengandung, nampaknya pelakon tersebut masih lagi mampu mengekalkan keanggunan dan kejelitaannya sebagai seorang wanita, sehingga mendapat jolokan sebagai hot mama di kalangan teman-teman rapatnya di laman sosial Instagram.

Artikel Berkaitan :

Sebagai rujukan, Rabecca telah bernikah dengan lelaki pilihannya, Nor Azam Sulaiman, pada 14 Januari 2011 dan mereka telah dikurniakan puteri sulung, Nur Anggun Raverra, pada 2 November 2012.

Bagaimanapun, untuk semua peminat, jom lihat beberapa foto kehamilan Rabecca selepas ini.

Kredit Foto : Instagram & Twitter Rabecca Nur Al Islam

SKIP THIS AD ×