berita

Foto : Rain Tamat Daripada Latihan Tentera

July 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Rain 7

Semalam, dengan secara rasminya pelakon dan penyanyi k-pop terkenal, Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji-Hoon telah dilepaskan daripada latihan tentera setelah berkhidmat dalam pasukan keselamatan tersebut selama 21 bulan.

Penyanyi ini dikatakan telah meninggalkan Kementerian Pertahanan Awam Pejabat Perhubungan Negara Jabatan di Yongsan, Seoul tepat jam 8.00 pagi waktu tempatan.

Pada hari pelepasannya itu, Rain telah mengenakan pakaian tentera dan penyanyi ini juga dilihat sempat memberi tanda hormat yang terakhir terhadap pasukan keselamatan tersebut.

Dalam pada itu, kemunculan Rain turut disambut baik hampir 800 peminat serta 100 wartawan.

Rain 8

Rain disambut baik para peminat dan media tempatan

Sewaktu muncul dihadapan peminat dan para media, penyanyi ini turut berpeluang memberi ucapan ringkas dengan menyatakan bahawa, dia akan terus melakukan yang terbaik untuk semua peminat-peminatnya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang selama ini setia menunggu kemunculan saya. Saya akan bekerja keras dan lakukan yang terbaik.

Merujuk perkembangan terbaru, Rain akan memulakan kerjaya seninyanya bersama syarikat rakaman Cube Entertainment.

Untuk makluman, Rain telah memulakan perkhidmatan dalam tentera sejak 10 Oktober 2011.

Bagi semua peminat Rain, di sini OHBULAN! selitkan juga beberapa foto menarik sepanjang hari pelepasan penyanyi tersebut semalam.

Sumber : Allkpop & Soompi

SKIP THIS AD ×