berita

Foto : Ramona Zamzam Bercuti Di Eropah

October 18th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Ramona Zamzam 2

Pelakon yang lahir daripada pencarian Dewi Remaja 2009/2010, Ramona Zamzam kini semakin popular menerusi beberapa drama lakonannya, Cinta Jangan Pergi dan Cinta Jannah.

Watak wanita penggoda yang dilakonkan oleh Ramona dilihat berjaya meninggalkan kesan dalam diri setiap penonton dan watak tersebut sangat sesuai dengan dirinya yang manja.

Dalam pada itu, baru-baru ini Ramona difahamkan telah terbang ke Paris bagi meluangkan masa sengganggnya dan sepanjang berada di negara tersebut, pelakon wanita itu telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya di sana.

Selain Paris, Ramona turut berpeluang melawat Itali dan berkunjung ke San Marco Palace Venice.

Ramona Zamzam 3

Ramona sewaktu di San Marco Palace Venice, Itali

Sebagai rujukan, Ramona Zamzam telah mula menceburi bidang lakonan dan peragaan sejak berusia 12 tahun dan pada ketika itu dia dipilih sebagai penghias muka depan majalah Bintang Kecil.

Bakat lakonannya semakin menyerlah apabila memasuki usia 17 tahun. Pada ketika itu, Ramona mula berlakon menerusi filem 2 Hati 1 Jiwa, Sitkom Nana Tanjung dan drama bersiri Otai.

Untuk semua peminat Ramona Zamzam, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik pelakon drama Cinta Jannah itu untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Ramona Zamzam

SKIP THIS AD ×