Pelakon yang pernah mendapat jolokan ‘hot mama’, Rabecca Nur Al Islam telahpun selamat melahirkan bayi perempuan keduanya pada hari Jumaat lepas jam 9.30 pagi secara pembedahan.
Artikel berkaitan:
Apa yang menariknya, Rabecca telah memilih Nor Anggerik Renesmee sebagai nama anak keduanya. Mungkin Rabecca mendapat inspirasi dari nama salah satu watak dalam filem Twilight sebelum ini.
Nor Anggun Raverra bersama adiknya, Nor Anggerik Renesmee
Untuk pengetahuan anda, Rabecca kini telah memiliki dua orang anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Nor Azam Datuk Sulaiman selain dua orang lagi anak tirinya. Anak pertama Rabecca, Nor Anggun Riverra kini berusia 10 bulan.
Artikel Berkaitan : Rabecca Nur Al Islam Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat foto-foto comel anak kedua Rabecca yang dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram di bawah ini.