berita

Foto : Reza Mohamed Sudah Kahwin?

November 15th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

5

Tidak ada ribut, tidak ada angin tiba-tiba sahaja penyampai Suria Fm, Reza Mohamed atau nama sebenarnya Syaiful Reza bin Mohamed dikatakan sudah selamat melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihan, Liyana Yus, semalam. Biar betul?

Menerusi laman Instagramnya, Reza telah memuatnaik beberapa foto perkahwinannya bersama wanita tersebut yang dilihat lengkap berpakaian pengantin berwarna merah dengan caption berbunyi :

Im getting married to @liyanayus! Heheh . #explorequestmalaysia #airasia #digiexploremy

Foto tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian ramai pengikut laman sosial Reza yang rata-ratanya mengucapkan tahniah atas perkahwinan tersebut.

Namun begitu, ramai juga yang terkejut dengan berita perkahwinan penyampai radio tersebut sehingga ada yang berkecil hati kerana tidak diundang di hari bahagianya.

Reza Mohamed

Antara perbualan Reza dan pengikut laman Instagram-nya.

Setelah diteliti setiap respon, perkahwinan yang digembar-gemburkan ini merupakan gimik semata. Sebenarnya, Reza Mohamed merupakan salah seorang selebriti yang dijemput bagi menjayakan sebuah program anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.

Sebagai rujukan, program tersebut telah diadakan pada 14 November sempena tahun melawat Malaysia. Apa-apa pun, mari tengok foto-foto ‘perkahwinan’ mereka selepas ini.

SKIP THIS AD ×