Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin telah sah bergelar suami kepada Nurida Suraya pada tanggal 13 September 2019 dan majlis akad nikah telah diadakan di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur. Detik bersejarah buat pasangan ini turut dihadiri keluarga tersayang, kenalan rapat dan rakan artis.
Dalam pada itu, Rizman telah menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah kelengkapan busana yang dikenakan pasangan ini. Kelihatan segitu ringkas, cantik dan segak bergaya.
Busana putih akad nikah
Malam resepsi pertama
Majlis bertandang di Pulau Pinang
Cantik dan segak berbusana tradisional
Pasangan Rizman Nordin dan Nurida Suraya telah mengadakan tiga majlis resepsi termasuk majlis bertandang di Pulau Pinang dan satu lagi majlis yang akan diadakan di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada 22 September 2019 ini.
Pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu selepas satu tahun mengenali hati budi masing-masing.
Sumber: Rizman Nordin