Bercuti merupakan salah satu terapi terbaik bagi mereka yang inginkan ketenangan tambah-tambah lagi bagi individu yang sedang dilanda masalah. Nampaknya amalan tersebut turut dipraktikkan oleh pelakon jelita, Rita Rudaini.
Menerusi laman sosial pelakon tersebut, Rita dilihat telah membawa anak-anaknya bercuti di sebuah pusat peranginan yang cukup indah, akan tetapi pelakon drama Sehangat Asmara itu seolah-olah cuba merahsiakan destinasi sebenar percutian mereka dengan hanya membiarkan para pengikutnya berteka-teki di manakah destinasi sebenar mereka.
Namun begitu, rata-rata pengikut laman sosial Rita melahirkan rasa gembira apabila melihat pelakon kesayangan mereka itu bahagia. Bagi mereka, meskipun bergelar ibu tunggal, akan tetapi Rita masih boleh menikmati kehidupan yang lebih tenang bersama dua orang cahaya mata yang comel.
Rita melakukan aktiviti bersama anak-anak tersayang
Dalam pada itu, melalui setiap foto yang dikongsikan, anak beranak ini kelihatan sangat seronok apabila berpeluang melakukan aktiviti bersama dan kegembiraan tersebut jelas terpancar menerusi caption yang dikongsikan oleh Rita :
Bagaimanapun untuk semua peminat setia Rita Rudaini, di sini OHBULAN! ingin selitkan video serta beberapa foto bahagia pelakon tersebut bersama anak-anaknya selepas ini. Jom layan!
Kredit Foto : Instagram Rita Rudaini