berita

Foto Saya Di Billboard Sudah Lama – Joyrevfa Minta Hentikan Sebarkan Gosip Tidak Sah

July 5th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam viral apabila foto lama Joyrevfa, isteri kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun tular di laman sosial. Foto itu mendapat kecaman netizen kerana merasakan pakaian itu tidak sesuai.

Artikel Berkaitan : Suami Tak Marah Ke? Gara-Gara Gambar Promosi Produk, Joyrevfa Dikecam Teruk Netizen

Namun, mungkin ramai tak tahu yang sebenarnya foto itu adalah foto lama yang baru dimuat turun. Kami di OhBulan pun ingat foto baru. Jadi jangan kecam okay!

Tidak mungkin diturunkan

Photo saya di billboard ni dah lama.. sebelum kenal & nikah dgn si dia lg.. Minta maaf jika ada yg tak senang melihat imej yg ditampilkan.. Gambar billboard tersebut tak mungkin syarikat turunkan kerana cost utk billboard sgt besar dan billboard MERVE telah dipacakkan disetiap jalan2 utama dan negeri2 yg lain.. Insyallah, saya akan menampilkan imej yg lebih baik di masa akan datang… Terima kasih atas pujian & kritikan membina.. Doakan perkahwinan saya tidak akan tergugat dgn kecaman2 sebegini… amin..

Menurut Joyrevfa foto yang dimuat turun itu adalah foto lama untuk iklan produknya. Beliau tidak mungkin dapat menurunkan billboard itu kerana kos yang mahal. Joyrevfa turun meminta maaf kepada orang ramai dan minta agar semua tidak terus mengecam beliau.

Jangan sebarkan gosip tidak sah

Saya juga mohon page2 yang lain jangan sebarkan lagi gosip2 yg tidak sah tentang saya tanpa mendapat penjelasan dari kedua belah pihak supaya tidak berlaku keretakkan silaturrahim antara kami.. ??

Sumber : Siti Arifah Amin

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×