berita

Foto : Sazzy Falak & Gelagat Anak Kembarnya, Iman & Tiara

June 13th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Anak Kembar Sazzy Falak-1

Siapa diantara anda yang mengenali kembar Olsen? Atau lebih dikenali sebagai Mary-Kate dan Ashley Olsen?

Itulah perkara pertama yang kami fikir apabila melihat gelagat dan telatah anak kembar Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus. Pejam celik pejam celik, Iman Lily dan juga Tiara Rose kini sudah pun berusia 2 tahun lebih dan nampak gayanya, mereka berdua ini bakal mengikut jejak langkah ibubapa mereka.

Umum tahu Sazzy adalah seorang selebriti yang mempunyai wawasan, manakala Nazril Idrus atau lebih dikenali sebagai Nash pula adalah salah seorang peserta The Apprentice Asia. Kedua mereka mementingkan imej dan kami sendiri anggap mereka sebagai selebriti yang berbeza dari selebriti-selebriti lain.

Anak Kembar Sazzy Falak-4

Comel je mereka berdua ni kan?

Menerusi beberapa keping foto di laman Instagram Sazzy, gelagat anak kembar mereka ini memang mempunyai ciri-ciri yang kami rasa boleh digilap lagi. Siapa tahu kan mungkin lepas ini dengan kelebihan mereka sebagai pasangan kembar, ia mampu memberikan mereka peluang yang lebih lagi?

Untuk pengetahuan, Iman Lily & Tiara Rose dilahirkan pada 24 April 2011. Mari lihat beberapa keping lagi foto mereka selepas ini. Comel kan?

SKIP THIS AD ×