berita

Foto Sedang Menjahit & Bakar Cupcake, Fizo Omar Ambil Alih Tugas Isteri Sepenuhnya?

March 21st, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

fizo dan mawar

Pasangan yang selamat diijabkabulkan pada November tahun lalu ini nampaknya masih menjalani tempoh bulan madu mereka.

Artikel Berkaitan : Fizo & Mawar Sambung Bulan Madu Di Istanbul

Buktinya, bagaikan seorang pembantu peribadi, Fizo Omar dilihat akan sentiasa membawa isterinya, Mawar ke mana sahaja dia pergi.

Terkini, menerusi beberapa keping foto yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon kacak itu dilihat sedang bertungkus lumus menjahit dan membakar cupcake untuk isteri kesayangannya itu.

Fizo omar

Namun, bagi yang tertanya-tanya, foto-foto tersebut sebenarnya merupakan cabaran yang harus dilakukan oleh Fizo untuk sebuah rancangan televisyen.

Beruntungnya Mawar dikurniakan seorang suami seperti Fizo bukan? Bukan sahaja mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dengan baik, malah boleh juga mengambil alih tugas sebagai seorang isteri.

Mana tahu bila Mawar sudah berbadan dua nanti, bolehlah Fizo membantunya menguruskan keluarga. Tapi agaknya ada atau tidak lelaki-lelaki sejati di luar sana yang boleh sahut cabaran seperti yang dilakukan oleh Fizo ini?

Nak lihat lagi foto romantis pasangan merpati sejoli ini? Nah, OHBULAN! sediakan galeri khas untuk anda.

Kredit Foto: Instagram Fizo Omar

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×