Pelakon cantik jelita, Farah Nabilah sah menjadi isteri kepada seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus. Pasangan ini diijabkabulkan pada 20 Disember 2019 sekitar jam 9.00 malam di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara. Majlis yang cukup bermakna ini turut dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai.
Sah sekali lafaz
https://www.instagram.com/p/B6S6jvNFyCn/
Hanya dengan satu lafaz, pasangan ini sah menjadi suami isteri disaksikan saudara mara dan sahabat handai yang hadir ke majlis penuh romantis.
Berkenalan sejak 7 tahun lalu
Sama cantik sama padan
Farah Nabilah menerima mas kahwin sebanyak RM 1,000 tunai dengan sekali lafaz sahaja.
Tahniah Farah Nabilah dan suami! Bagi anda yang ingin menonton video romantis sekitar majlis pernikahan pasangan ini boleh layari Youtube TV3MALAYSIA channel atau di www.mahligaicinta.my dan ikuti media sosial rasmi Instagram @mahligaicintaTV3.
Kredit: Mahligai Cinta, Kunang2pictures