berita

[FOTO] Sekitar Majlis Akikah & Kesyukuran Putera Sulung Betty Rahmad, Ardy Wira

November 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Adik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima iaitu Betty Rahmad diketahui telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Ardy Damis pada 6 Februari tahun lalu. Pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Ardy Wira pada 19 Januari 2019.

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis akikah dan kesyukuran buat putera sulung pasangan ini. Majlis yang berlangsung pada Ahad lalu itu dibuat di saat umur anak mereka berumur 9 bulan. Jom tengok foto sekitar majlis akikah yang penuh meriah ini!

Handsome boy lah Adry Wira!

Mengenakan pakaian sedondon berwarna putih bersama ibunya, Ardy Wira kelihatan sangat comel dan ‘kacak’ pada majlis yang berlangsung dengan penuh meriah itu.

Malah apa yang mencuit hati, Ardy Wira kelihatan begitu seronok dan senyuman nampaknya tidak lekang dari mulut anak kecil ini. Comelnya!

Sama cantik sama padan

Betty dan suami turut kelihatan cantik dan bergaya pada majlis yang penuh istimewa ini.

Ardy Wira dengan aunty

Erma Fatima turut tidak ketinggalan menghadiri majlis tersebut. Amboi, sayangnya Erma dekat Ardy ya. Comel sangat!

Sumber: Instagram Betty Rahmad, Instagram Ardy Wira, Instagram Erma Fatima, Instagram Ardy Damis

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×