Karpet merah Shout Awards 2012 yang membawa konsep ‘beach party’ kekal meriah dengan penampilan kasual daripada selebriti terkemuka tanah air walaupun tanpa dibaluti pakaian berharga ribuan ringgit atau rekaan jenama terkenal.
Bukan mudah sebenarnya nak melihat mereka mengayakan pakaian ala kasual ni. Sebut sahaja nama Celepets (Celebrity Love Pets), kita sudah terbayangkan wajah-wajah terkenal seperti Dynaz, Yasmin Hani, Daphne Iking & Sazzy Falak. Wah, mereka tampil bergaya disaluti aksesori ringkas, tampak lebih muda & urban.
Tak lengkap rasanya kalau OHBULAN! tak paparkan koleksi foto-foto selebriti di Shout Award ni. Jom kita lihat apa yang menarik selepas ini.