berita

Foto : Selebriti Sekitar Rakaman Anugerah Melodi Raya 2013

July 24th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Melodi Raya-48

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri, pihak Melodi telah mengadakan rakaman Melodi Raya 2013 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang semalam.

Majlis yang cukup meriah ini telah dikendalikan oleh pengacara program itu sendiri iaitu Zizan Razak dan Awal Ashaari, serta pengacara jemputan mereka Raja Azura.

Sepanjang majlis rakaman ini berlangsung, para tetamu jemputan turut dihiburkan dengan beberapa persembahan menarik daripada barisan artis jemputan, antaranya adalah Datuk Siti Nurhaliza (Sesuci Lebaran), Datuk DJ Dave (Menjelang Hari Raya), Nora (Desa Tercinta), Liza Hanim dan Ning Baizura (Pulang Di Hari Raya), serta Adibah Noor (Indahnya Beraya Di Desa).

Dalam pada itu, suasana di Dewan Merdeka PWTC turut dihangatkan dengan penampilan istimewa Datuk Maxson Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra yang berduet bersama Jamal Abdillah menerusi lagu Musafir Di Aidilfitri.

Melodi Raya-109

 Persembahan menarik daripada Datuk DJ Dave

Selain berhibur, pihak Melodi turut mengadakan satu segmen khas untuk mengenang pemergian penggiat-penggiat seni tempatan yang telah meningal dunai dan segmen tersebut dikenali sebagai Belasungkawa. Antara insan seni yang dikenang adalah Allahyarham Datuk Yahya Sulong, Allahyarham Datin Azizah Mohamad, Allahyarham Kuswadinata serta Allahyarham Seniwati Latifah Omar.

Secara umumnya, majlis rakaman Melodi Raya kali ini turut menampilkan sedikit kelainan, dimana pihak program hiburan tersebut telah mengadakan beberapa anugerah khas antaranya adalah Artis Dinamik, Pasangan Pujaan, Artis Wanita Pilihan, Artis Lelaki Pilihan serta Artis Sensasi. 

Melodi Raya-24 Zain & Rozita Che Wan menggayakan busana sedondon

Jika ingin tahu siapakah artis-artis bertuah yang terpilih untuk Anugerah Melodi Raya 2013, jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran rakamannya pada 11 Ogos ini, di TV3 bermula dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang.

Dengan itu, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik yang sempat lensa kamera kami rakamkan sekitar majlis rakaman Anugerah Melodi Raya 2013. Jom layan foto-foto ini!

SKIP THIS AD ×