berita

[FOTO] Setelah Seminggu Berahsia, Akhirnya Eizlan Yusof Sah Jadi Suami Kepada Natasha Rosa

December 12th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Teka-teki pasangan kepada pelakon Dato’ Sri Eizlan Yusof akhirnya terjawab apabila pelakon lelaki itu sah bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville yang berusia 29 tahun. Majlis pernikahan telah berlangsung di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya pada sekitar jam 3.28 petang tadi.

Mas kahwin RM80

Pasangan itu dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) iaitu Tuan Haji Mohd Ajib Ismail. Majlis bersederhana ini telah disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, kenalan rapat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Natasha Rosa, gadis berturunan Serani itu telah menerima mas kahwin sejumlah RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran sebanyak RM12,121.90.

Sebelum ini, Eizlan Yusof telah berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Vie Shantie Khan pada tahun 2007 dan dikurniakan 3 orang anak.

Sah bergelar suami

https://www.instagram.com/p/B59waH0gIRU/

Foto bernikah

Malam berinai

Sumber: Youtube CST, Eizlan Yusof, Budiey, Aizam Afifi

SKIP THIS AD ×