Kegagalan dalam perkahwinan yang lalu, tidak sesekali membuatkan Sharifah Aleya atau lebih dikenali sebagai Leya ini serik untuk melayari bahtera rumahtangga sekali lagi.
Pada tanggal 11 Januari yang lalu, Leya telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Mohammed Azam Abdullah di Masjid Al Mukarammah Sri Damansara dengan mas kahwin berjumlah RM300.
Miko menyarungkan sebentuk cincin di jari Leya
Menurut laporan Astro Awani, Leya mula mengenali suaminya yang lebih senang dipanggil Miko pada tahun 2011 semasa mereka bersama-sama membuat persembahan teater muzikal ‘Terima Kasih Cinta’.
Bagaimanapun, hanya pada pertengahan tahun 2012 mereka bertemu kembali selepas persahabatan mereka menyepi buat seketika.
Antara mereka yang hadir pada majlis pernikahan Leya dan Miko
Ibunya, Fatimah Abu Bakar mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan menasihatkan mereka supaya banyak bersabar dalam rumahtangga.
“Dalam kemarahan, kita kena zip mulut dulu. Mengucap dulu. Kirakan sampai 10 untuk redakan kemarahan. Tweet pun satu. Jangan! Tweet kena kira sampai 20!”
Majlis resepsi disebelah lelaki akan diadakan sekitar bulan Mac di Kota Kinabalu. Disini, OHBULAN! kongsikan lagi beberapa keping foto detik bahagia mereka.