berita

Foto : Sharifah Sofi Selamat Lahirkan Anak Sabtu Lepas

September 24th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Sharifah Sofia

Jika awal pagi semalam OHBULAN! telah kongsikan beberapa foto comel anak kedua pelakon terkenal, Rabecca Nur Al Islam, hari ini kami ingin kongsikan pula foto comel bayi kedua aktres kacukan Melayu dan Scotland, Sharifah Sofia.

Artikel Berkaitan :

Menerusi status laman sosial yang dikongsikan, Sofia difahamkan telah selamat melahirkan puteri keduanya itu pada 21 September lalu sekitar jam 1.30 pagi.

Sharifah Sofia 3

Anak sulung Sharifah Sofia, Arianna tidur bersama adiknya

Meskipun masih berada dalam keadaan pantang, nampaknya Sofia masih lagi sempat berkongsi beberapa foto comel bayi keduanya bersama pengikut laman sosial dan rata-ratanya melahirkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata yang cukup sempurna itu.

Merujuk perbualan antara pelakon tersebut dengan Catriona Ross, Sofia turut memaklumkan bahawa bayi comel tersebut masih belum diberikan nama dan masih mencari nama yang sesuai buat puteri keduanya.

Sebagai rujukan, Sharifah Sofia telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 19 Oktober 2009. Sebelum ini pasangan tersebut telah dikurniakan puteri sulung, Sharifah Ariana pada April 2011.

Untuk semua peminat Sofia, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto bahagian pelakon tersebut bersama keluarga tercinta untuk tatapan anda semua. Jom layan!

Kredit Foto : Instagram Sharifah Sofia

SKIP THIS AD ×