Agaknya 2012 ini memang tahun yang penuh diberkati. Semakin ramai selebriti yang berhijrah. Masing-masing memilih untuk memakai tudung demi menjaga imej dan mengikut tuntutan agama.
Terbaru, pelakon iaitu Sharifah Sofia pun sudah mula bertudung selepas beberapa orang rakan selebriti lain seperti Natasha Hudson juga memakai tudung. Melalui akaun Twitter rasmi Sharifah Sofia juga, dia telah menulis status mengatakan dia mahu ke arah yang lebih baik.
Baguslah kalau begitu, semoga industri hiburan menjadi lebih baik dan terus menyinari hari-hari para peminat setia.