berita

Foto : Sharnaaz Ahmad Dilantik Sebagai Inspektor Polis?

June 26th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Sharnaaz Ahmad  5

Bermula 6 Jun lalu, krew produksi filem Sindiket arahan pengarah terkenal, Bade Haji Azmi telah pun memulakan sesi penggambarannya sekitar negeri Sabah.

Filem terbitan Loyal Studios Sdn Bhd ini bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Daphne Iking, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Rashidi Ishak serta Soo Wincci.

Sepanjang mengikuti sesi penggambaran filem ini, Sharnaaz Ahmad telah mula mengaktifkan semula laman Instagram-nya dengan memuat naik beberapa foto menarik untuk dikongsi bersama peminat.

Sharnaaz Ahmad  15

Sharnaaz bersama anggota PDRM Sabah

Menerusi filem ini, Sharnaaz bakal memegang watak sebagai Inspektor Rudy dan bertugas di Unit Khas D7.

Inspektor Rudy telah dipertanggungjawabkan untuk menghalang kes pemerdagangan manusia yang dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang dikenali sebagai Gang Sulu.

Artikel Berkaitan :

Sharnaaz Ahmad  14

Inspektor Rudy & Inspektor Sabrina

Untuk makluman, Sindiket merupakan filem kerjasama pertama aktor ini bersama Bade Haji Azmi dan filem ini difahamkan menelan belanja hampir 3 juta ringgit.

Bagi semua peminat Sharnaaz, mari layan beberapa foto terbaru aktor tersebut selepas ini :

Kredit Foto : Instagram Sharnaaz, Daphne Iking, Sharifah Amani & Rashidi Ishak

SKIP THIS AD ×