berita

Foto : Siti Nurhaliza Lancarkan Koleksi Kosmetik Raya, Bejeweled

August 1st, 2012 | by M
Kini Trending

Biru & Merah menjadi tema pilihan selebriti terkemuka, Dato Siti Nurhaliza sempena pelancaran koleksi kosmetik raya iaitu ‘Bejeweled’. Koleksi yang diilhamkan daripada permata ini mengandungi bedak khas yang dirumus khas dengan elemen berlian, delima dan mutiara, bisa memberikan wajah yang lebih cerah, berseri dan menawan.

Kempen promosi ‘Bejeweled’ diserikan lagi dengan kerjasama daripada Habib Jewels dimana pelanggan Simplysiti berpeluang memenangi set berlian sehingga RM70 000 dengan menyertai peraduan ‘Find That Diamond In You’. Anda perlu mendapatkan koleksi terbaru ini dan menghantar borang peraduan beserta slogan yang menarik dan kreatif.

“Didatangkan dalam 2 warna iaitu Bejeweled Ruby & Bejeweled Sapphire, setiap koleksi ini akan dilengkapi dengan powder foundation, duo blusher yang berfungsi sebagai pemerah pipi dan pembayang, multi eye color dan lip color. Pihak Simplysiti turut memberikan perhatian kepada perincian pembungkusan dengan tatahan diamante sebagai koleksi peribadi,” ujar Dato’ Siti Nurhaliza di Hotel Berjaya Times Square, semalam.

Tambah beliau lagi, “Saya turut merekodkan beberapa video mengenai tips-tips mekap yang baik sebagai salah satu inisiatif perkongsian maklumat bersama peminat barangan Simplysiti yang boleh ditonton di laman Youtube.”

Majlis pelancaran ini turut meraikan 40 anak yatim sempena program berbuka puasa serta persembahan daripada Rabbani dan tazkirah dari Ustaz Asyraf (Imam Muda).

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×