Dikenali menerusi lakonan dalam drama Juvana, Talha Harith terus mencipta nama sedikit demi sedikit. Lakonannya semakin menjadi tumpuan peminat apabila drama “Setia Hujung Nyawa” yang telah menutup tirai baru-baru ini mencatat rating yang tinggi.
Pelakon berusia 23 tahun ini terus menghiasi beberapa lagi buah drama untuk stesen-stesen televisyen swasta yang lain. Namun, disebalik bakat yang dimilikinya, pelajar lepasan Aswara (Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan) ini nampaknya sudah mempunyai buah hati.
Menerusi seorang pembaca, OHBULAN! telah menerima e-mail dan beberapa keping foto Talha bersama seorang wanita yang dikatakan kekasihnya, Farah Shazreen. Ini dikuatkan lagi dengan ‘caption’ dari Facebook Farah Shazreen yang menulis, “My babyboo”.
Nampaknya pelakon baru diminati ramai ini sudah pun mempunyai teman di hati. Mari lihat beberapa keping foto Talha Harith & Farah Shazreen selepas ini.