berita

Foto : Tasha Shilla & Shah Iskandar Bercuti Bersama Di Kemboja?

November 21st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Tasha dan Shah 1

Setelah reda kontroversi kisah cintanya dengan kakak kepada aktres terkenal, Anzalna Nasir, kini Shah Iskandar dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Tasha Shilla?

Cerita ini timbul apabila mereka telah terbang ke Komboja pada 13 November lalu dan lebih menguatkan lagi gosip tersebut apabila kedua-duanya memuat naik foto mesra mereka di laman sosial masing-masing.

Pada awalnya memang ramai yang menyangka mereka mempunyai hubungan istimewa, namun begitu setelah meneliti setiap caption yang dikongsikan oleh Tasha, ternyata cerita itu tidak benar.

Mereka ke Kemboja sekadar untuk menjalani penggambaran telemovie terbaru siaran TV3 berjudul, Lara dan Hadi arahan pengarah terkenal, Shirin Hj. Khuzaimi.

Tasha & Shah 2

Tasha Shilla sewaktu berada di Kemboja

Melalui perkongsian foto-foto tersebut, nampaknya Tasha dan Shah bukan sahaja pergi berdua, malah mereka turut diiringi oleh krew produksi telemovie berkenaan, serta pelakon utamanya, Zul Ariffin.

Bercakap mengenai pelakon utama telemovie ini, dilihat terdapat beberapa adegan berpelukan yang telah dirakamkan oleh Tasha dan Zul sewaktu mereka berada di atas sebuah jeti.

Adegan tersebut bagaimanapun mendapat respon positif di kalangan pengikut Zul dan rata-ratanya menganggap babak yang dilakonkan oleh mereka sangat romantik.

Tasha & Shah  23

Foto mesra Tasha & Zul Ariffin

Apa pun, untuk semua peminat setia ketiga-tiga selebriti ini, di sini OHBULAN! kongsikan beberapa foto menarik mereka sepanjang berada di Kemboja untuk tatapan anda semua. Jom layan!

Kredit Foto : Instagram Tasha Shila, Shah Iskandar, Zul Ariffin & Shirin

SKIP THIS AD ×