Umum sedia maklum dengan penghijrahan Abby Abadi yang kini lebih selesa memakai tudung & menutup aurat selepas menunaikan umrah pada 15 – 26 March yang lalu.
Benarlah kata orang, rezeki itu datang daripada pelbagai cara. Abby Abadi telah diberikan kepercayaan sebagai duta produk oleh jenama tudung Al-Humaira Contempory bermula bulan Mei 2012.
Memetik kata-katanya,”Alhamdulillah just nak share… secara rasminya bermula Mei 2012 ini. Saya telah dilantik menjadi duta untuk Al-Humaira Contemporary. Syukur sangat masih ada yang sudi berkongsi rezeki dengan saya. Nanti jika berkesempatan, saya akan kongsi koleksi-koleksi AHC di sini ya. Jaga diri, hiasi peribadi.”
Bagi anda yang dahagakan tips mengenai fesyen berhijab, kunjungi segmen khas ‘Hijabster” yang dibawakan oleh penulis jelita kami di OHBULAN HQ.