berita

Foto Terkini Anak Harith Iskandar Sebagai Penyokong Liverpool

May 9th, 2012 | by M
Lensa Insta

Ya, kami tahu anda kecewa. Tetapi, terimalah kekalahan Chelsea kepada Liverpool sebanyak 1-4 ketika perlawanan di Liga Inggeris malam tadi dengan hati yang terbuka.

Foto terkini Zander Xayne Iskander yang kini berusia 2 bulan telah dikongsikan oleh peminat Harith Iskandar melalui kiriman email sebagai tanda menyambut kemenangan Liverpool.

Katanya, “Like Father, Like Son. Tapi saya suka foto ni sebab ada jersi Liverpool. Win habis!”

Benar, itu adalah satu ungkapan yang amat tepat untuk mengambarkan kecomelan anak milik Harith Iskandar yang dilahirkan pada 8 Mac 2012 lalu hasil perkahwinannya bersama Jezamine Lim.

Perkembangan terbaru, Harith Iskandar akan bergabung dengan Douglas Lim sempena persembahan Masterjoke Malaysia di bangunan Jaya One Petaling Jaya hari ini. Katanya, tiket sudah habis terjual. Tapi, pihak penganjur akan mengadakan sebuah lagi persembahan pada 23 Mei di lokasi yang sama. Dapatkan tiket secepat yang mungkin ya!

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×