berita

[FOTO & VIDEO] Bukit Broga Hangus Dijilat Api, Mungkin ‘Kerja’ Pendaki Tak Bertanggungjawab

September 17th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bukit Broga merupakan tempat tumpuan para pendaki di Malaysia yang ingin melihat pemandangan yang indah. Salah satu tarikan bukit Broga ialah pendakiannya tidaklah begitu mencabar dan sesuai untuk sesiapa yang baru menjinak-jinak dalam sukan mendaki bukit.

Baru-baru ini, menerusi Harian Metro terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab semasa mendaki sehinggakan menjadi punca kawasan belukar seluas 2.8 hektar di bukit Broga hangus terbakar. Pemandangan yang indah di bukit Broga itu terus bertukar kepada pemandangan yang memilukan.

Asap tembal menutupi bukit broga

Seramai 25 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Semenyih dan Bangin ditugaskan untuk mengawal kebakaran dari terus merebak. Menerusi Twitter Musyrif memaparkan video tentang keadaan semasa bukit Broga dijilat api. Sebahagian besar kawasan bukit tersebut tertutup dengan asap tebal.

Lebih 2 hektar hangus

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Mohama Darul Azreen Md Desa, semasa kejadian berlaku, terdapat 10 orang anggotanya yang berada di lokasi untuk melakukan pencarian pendaki sesat.

Berdasarkan maklumat, api sudah pun meliputi kira-kira dua hektar kawasan terbabit, justeru, bantuan diminta dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi untuk membendungnya dari terus merebak.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya 7.32 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan

Punca dari pendaki tidak bertanggungjawab

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak punca kebakaran adalah daripada tindakan tidak bertanggungjawab pendaki bukit terbabit.

Api merebak pantas

Hangus dijilat api

Sumber: Harian Metro, Twitter, Musyrif

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×