Rumahku Syurgaku. Kalau dekorasi di kediaman cantik, sudah tentunya kurang pembaziran duit untuk keluar bercuti. Mana tidaknya, anda hanya meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti di rumah sahaja.
Tetapi kalau nak memilik rumah cantik, sudah tentu anda perlukan pereka dalaman rumah yang kreatif. Contohnya, di rumah mewah pelakon Iron Man iaitu Robert Downey Jr ini. Memang puas hati punyalah!
Direka oleh abang sendiri
Video yang dikongsi melalui Youtube Architectural Digest ini membawa penonton menerokai kediaman mewah Robert Downey Jr. Dari halaman rumah sampailah ke dalam rumah, anda dapat saksikan setiap sudut sempurna.
Untuk pengetahuan anda, dekorasi rumah ini direka oleh Joe iaitu abang kepada pelakon Iron Man ini sendiri. Pelakon ini juga memelihara kucing di dalam rumah. Jika anda dapat lihat, di setiap pintu rumah akan ditampal notis untuk tidak benarkan kucing keluar daripada rumah.
Ruang tamu
Bilik tidur
Ruang santai
Sumber: Youtube Architectural Digest