Minggu lepas, Nur Fazura atau lebih dikenali sebagai Fazura menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 36 tahun. Majlis yang bertempat di Royal Place Shah Alam itu disambut sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat dan anak-anak tahfiz.
Kami kongsikan dengan anda beberapa foto dan video sekitar majlis sambutan hari lahir Fazura. Alahai cantiknya manis bertutup.
Segala puji-pujian hanya milik Allah
Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Allah SWT di atas doa dan hajat saya yang dimakbulkan lebih dari apa yang saya harapkan. Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT yang maha berkuasa, maha penyayang, pemurah lagi maha mengasihani. Terima kasih dengan penuh rasa syukur, kasih-sayang dan ingatan buat keluarga, teman-teman, keluarga fazbulouswarriors, seluruh #LoveWarriorsFamilyUnit dan yang paling terutama sekali buat anak-anak syurga kesayangan saya dari Tahfizul Quran Anawiyah, Anak-Anak Permata Rindu.
Dan buat Datuk Dr Ustazahnorhafizahmusa di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir bersama meraikan majlis ini dengan perkongsian tazkirah yang begitu bermanfaat buat kami semua. Rasa syukur saya ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah. Syukur ya Allah di atas kurniaan rasa kasih-sayang dan kebahagiaan ini. Sekali lagi, Terima kasih buat semua yang hadir. Khamis 26.09.2019.
Ucapan sweet Fattah
Alhamdulillah Allah kurniakan daku isteri yang sentiasa hatinya murah memberi, suka mengembirakan orang lain. Sentiasa ingat pada orang yang di sayangi dengan sifat pemurahnya.
atinya sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu dan kadang meningatkan daku jika tiada rezeki ini InshaAllah pasti Allah akan bagi yang lebih baik untuk kita. Seorang yang bijak dalam segala hal. Rajin bekerja bukan sahaja di luar tapi juga di rumah
Menerusi Instagram Fattah Amin, dia memberi penghargaan buat isterinya yang terlalu baik. Fattah juga memuji Fazura seorang yang rajin di rumah dan sering membuatkan dirinya bahagia. Sweetnya!
Sekitar majlis
Majlis sambutan hari lahir itu dihadiri oleh keluarga dan beberapa kenalan terdekat. Bertempat di Royal Palace Shah Alam majlis sederhana itu dilihat meriah dengan kehadiran anak-anak Tahfizul Quran Anawiyah, Anak-Anak Permata Rindu dan juga kehadiran Datuk Dr @ustazahnorhafizahmusa. Pelakon ini sememangnya sering menjadi perhatian netizen kerana sikapnya sikapnya yang lemah lembut, merendah diri dan tidak jemu untuk melayan peminatnya.
Bersama anak-anak Tahfizul Quran Anawiyah
Netizen puji
Sumber : Fattah Amin