berita

Foto : Yasmin Hani Raikan Bayi Sulung Dengan Baby Shower

October 7th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Yasmin Hani Baby Shower-8

Walaupun dilihat seperti mengamalkan budaya barat, namun khabarnya sebelum majlis baby shower diadakan, keluarga Yasmin Hani terlebih dahulu mengadakan majlis doa selamat demi meraikan kelahiran bakal anak sulungnya.

Diadakan semalam (6 Oktober), majlis baby shower Yasmin Hani telah dianjurkan dengan konsep Angel. Lihat saja pada pakaian tetamu yang hadir, semuanya tampil serba putih dan cerah.

Majlis penuh bermakna ini telah diadakan di Grand Duchess bertempat di Duchess Place. Agak menarik juga jika dilihat hiasan tempat tersebut. Cukup sesuai dengan tema Angel pilihan Yasmin dan suami.

Yasmin Hani Baby Shower-2

Antara tetamu yang hadir ke majlis baby shower Yasmin Hani

Antara rakan artis yang hadir termasuklah Dynas Mokhtar, Atilia Haron, Ning Baizura, Daphne Iking, dan Aishah Sinclair.

Untuk pengetahuan, Yasmin Hani dah Sha’arin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011. Sha’arin merupakan bekas anggota kumpulan rock 90an, Blackrose.

Apa pun, mari kita lihat beberapa keping foto kenangan baby shower Yasmin Hani selepas ini ya!

Kredit : Instagram Yasmin Hani

SKIP THIS AD ×