Rasanya dah lama tak dengar mengenai pasangan selebriti Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyob. Betul tak?
Kali terakhir kami tulis mengenai pasangan inipun apabila Shera mengambil keputusan untuk berhijab.
Terbaru, melalui perkongsian beberapa keping foto di laman Instagram milik Zahiril Adzim, kami dapat tahu bahawa pasangan ini berada di tanah suci Mekah.
Zahiril Bawa Shera Tunai Umrah
Beruntungnya Zahiril dan Shera ni. Iyalah, muda-muda lagi dah dapat menjejak kaki ke Mekah. Mek ni pun tengah merangkak lagi kumpul duit demi melunaskan impian untuk ke sana.
Beruntung sungguh Zahiril dan Shera kan?
Anaqi Kena Tinggal..Olooh Kesiannya
Inilah yang dinamakan pengorbanan. Haa, siapa yang tak rindu anak bila berjauhan kan? Sempat juga kami intai foto keluarga Shera dan Zahiril sebelum berangkat ke Mekah.
Apapun, tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini kerana telah berjaya menjejakkan kaki dan menjadi tetamu di bumi Mekah.
Semoga kedua-duanya dapat beribadat dengan tenang dan sempurna disana.