berita

Foto Zoey Rahman & Ayda Jebat Bercuti Di Korea?

November 14th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

10

Nak diikutkan, nama Zoey Rahman memang sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan. Meskipun memulakan kerjaya sebagai pengacara kanak-kanak, namun sayapnya kini dilihat lebih mengembang kearah lakonan.

Terbaru, Zoey melalui laman Instagram-nya dilihat sedang bercuti di Korea bersama Ayda Jebat. Betul ke?

Sebenarnya, empunya nama Mohd Hairey Azhar ini bukanlah betul-betul bercuti bersama Ayda ke Korea. Namun itu hanyalah atas dasar kerja yang harus diselesaikan menerusi drama terbaru mereka, Aku Ada Wali. Bukan berdua, penggambaran drama 13 episod itu turut dibantu rakan seangkatan yang lain antaranya Sabhi Saadi dan juga Siti Saleha.

8

Zoey di Seoul

Untuk pengetahuan, drama Aku Ada Wali ini mengisahkan tentang seorang gadis sepanjang perjalanan dia bertemu jodohnya. Drama ini bakal menyerikan kaca televisyen anda pada bulan Disember di saluran Al-Hijrah.

Sementara itu, bagi anda yang mahu melihat wajah aktor kacak ini bersama Ayda, mari lihat foto-foto dibawah.

SKIP THIS AD ×