berita

Franz Ferdinand Gegar Urbanscape 2013

October 8th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Franz Ferdinand

Hangatkan hujung minggu anda dengan menyaksikan persembahan hebat daripada kumpulan indie rock terkenal yang berasal dari Scotland, Franz Ferdinand pada 23 dan 24 November depan bertempat di Malaysian Agro Exposition Park Serdang, Selangor.

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Take Me Out dan This Fire ini difahamkan akan muncul di acara Urbanscapes Festival 2013 yang dianjurkan oleh Freeform Sdn Bhd dan kerjasama dengan syarikat perunding acara terbesar, Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Secara umumnya festival ini merupakan acara tahunan yang sering diadakan bagi mengetengahkan eleman-eleman seni seperti muzik, fesyen, tarian serta reka bentuk visual.

Franz Ferdinand

Apa yang menarik mengenai festival kali ini adalah Malaysia merupakan satu-satunya negara Asia Tenggara yang berjaya membawa masuk kumpulan Franz Ferdinand datang ke negara ini. Dalam masa yang sama, ia turut memberi laluan untuk kumpulan tersebut mempromosikan album terbaru mereka berjudul Right Thoughts, Right Words, Right Action yang baru sahaja dilancarkan pada 26 Ogos lepas

Selain Franz Ferdinand, barisan artis lain yang bakal memeriahkan lagi festival ini adalah Two Door Cinema Club, Efterklang, Tegan & Sara serta band indie tempatan, Oh Chentaku dan Kyoto Protocol.

Untuk makluman, kumpulan yang bakal beraksi pada hari pertama (23 November) adalah Tegan & Sara, manakala kumpulan Franz Ferdinand dan Two Door Cinema Club pula akan membuat persembahan pada hari kedua (24 November 2013).

Selain itu, kumpulan-kumpulan yang bakal beraksi untuk kedua-dua hari adalah Efterklang, Kyoto Protocol, Sore dan They Will Kill Us All.

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan mantap daripada kumpulan-kumpulan muzik diatas, anda boleh dapatkan tiket ke Urbanscapes Festival 2013 dengan harga RM397, RM187 (limited), RM227 (limited), RM247 dan RM177 secara online di www.ticketpro.com.my atau outlet-outlet yang terpilih. Sebarang maklumat lanjut, sila layari website rasmi mereka di urbanscapes.com.my.

Mari dengar dahulu lagu popular kumpulan Franz Ferdinand, Take Me Out dibawah.

SKIP THIS AD ×