berita

#FunFacts Ungku Ismail, Hero “Teman Lelaki Upahan”

February 12th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-02-11 at 23.06.26

Kami percaya ramai yang masih belum mengenali pelakon lelaki yang menggalas watak utama drama terbaru slot Akasia berjudul Teman Lelaki Upahan di TV3 tu, betul tak?

Muka macam tak pernah nampak tapi tak sangka not bad juga lakonannya. Sangat bersahaja dan tak kaku langsung gaya percakapan serta perwatakan jejaka bernama Ungku Ismail Aziz ini. Dalam hati berkata, “Bukan calang-calang orang ni, mesti ada ilmu”.

blogger-image-1090001504

Selepas membuat sedikit research (terima kasih Google!), maka betullah tekaan kami bahawa pelakon yang mesra dengan panggilan Is ini sudah lebih lapan tahun berkecimpung dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah dan penulis skrip.

Berdarah Kerabat Johor, ehem!

Screen Shot 2015-02-11 at 21.07.34

Ungku Ismail pernah menulis status di laman Facebooknya pada tahun 2011 mengenai nama sebenar dan serba sedikit salasilah keluarganya.

Screen Shot 2015-02-11 at 21.06.51

Ungku Ismail juga difahamkan mempunyai pertalian darah dengan tokoh akademik terkenal YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz. Menarik!

Screen Shot 2015-02-11 at 21.05.52

Belajar Engineering Di Luar Negara

Screen Shot 2015-02-11 at 23.18.49

Pelakon tinggi lampai berusia 30 tahun ini mempunyai Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom. Tapi minat bidang seni? Bertambah menarik!

Ada orang pernah berkata, sesungguhnya lelaki yang mempunyai pelajaran adalah seksi. Betulkah?

Pernah Sangkut Cinta Lokasi Dengan Zarina

222269_160276324036946_5447212_n

Mereka bercinta tak lama, cuma beberapa bulan sahaja. Menurut laporan terdahulu, Zarina dan Ungku Ismail mula rapat selepas masing-masing berlakon bersama dalam drama Syurgamu Ramadhan pada tahun 2010. Dek kerana tak sesuai menjadi pasangan kekasih, mereka mengambil keputusan untuk menjadi kawan sahaja.

Pernah Sertai Fear Factor Malaysia

Screen Shot 2015-02-11 at 23.28.57

Ungku Ismail juga pernah menyertai rancangan Fear Factor Malaysia musim kedua bersama Fify Azmi tahun lepas. Ketika itu Ungku Ismail berisi sedikit berbanding sekarang. Mungkin Teman Lelaki Upahan memerlukannya untuk mengurangkan berat badan.

Muka Macam Jep Sepahtu

FotorCreated

Bukan nak menyamakan atau membandingkan, tapi entah kenapa bila kami menonton drama Teman Lelaki Upahan, rasa macam tengok rancangan Maharaja Lawak pula. Kalau ikut mata kami, muka Ungku Ismail ada sikit-sikit iras Jep. Sikit je, tak banyak.

 

SKIP THIS AD ×