berita

Fyna Jebat Kunci Mulut Isu Pertelingkahan Dengan Madu, Serah Segalanya Kepada Pihak Berwajib

January 30th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Fyna Jebat mengambil keputusan untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang ulasan lanjut berhubung dakwaan terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya, Datin Zalina Zaini, pada minggu lalu.

Artikel berkaitan: Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut

Artikel berkaitan: ‘Saya Sibuk, Hubungi Esok Lusa’ – Zainal Abidin Belum Bersedia Beri Kenyataan

Artikel berkaitan: Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Bola Sepak Bergaduh Di Restoran

Serah kepada pihak berwajib

Ketika sesi temu bual bersama pihak OhBulan!, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat memberitahu dia menyerahkan perkara terbabit kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut.

Tidak apa yang saya boleh katakan. Biarlah isu ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Menurut Ayda Jebat, adiknya enggan mengeruhkan keadaan dengan memberikan sebarang komen.

Dia tak boleh kongsi apa-apa, saya minta maaf. Bagi pihak Fyna dan keluarga, kami rasakan jika banyak kami bercakap atau kami kongsikan, perkara itu boleh jadi benda lain. Kami harap semua pihak boleh memahami pendirian kami, terima kasih kerana menyokong kami.

Di samping itu, Fyna berkata fokusnya dalam pertandingan Famili Duo tidak terganggu meskipun pelbagai perkara telah berlaku.

Saya tidak terganggu. Saya fokus dengan pertandigan ini kerana kakak saya dah banyak berhabis wang untuk persediaan persembahan Famili Duo setiap minggu. Abang ipar saya, Nabil Mahir selaku pengarah kreatif untuk setiap persembahan kami dan team juga sering bertungkus lumus memberikan terbaik. Saya terlalu sayangkan Famili Duo, jadi saya akan kekal fokus untuk memberikan persembahan sepenuh hati saban minggu.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×