berita

G-Dragon Bakal Gegarkan Malaysia Jun Ini

May 7th, 2013 | by Ai
Kini Trending

G-DRAGON-CRAYON-M_V.mp4_000039873

Kepada peminat-peminat G-Dragon, ini ada berita gembira buat anda! Penyanyi, penulis lagu, rapper, penerbit dan ikon fesyen yang berasal dari Korea Selatan ini khabarnya akan mengadakan konsert solo di Malaysia pada 22 Jun ini di Bukit Jalil.

Anda teruja? Jadi bagi yang berminat untuk menghadiri konsert G-DRAGON 2013 WORLD TOUR: ONE OF A KIND IN MALAYSIA ini, anda boleh mendapatkan tiket yang akan mula dijual pada 11 Mei ini dari pukul 10 pagi hingga 5 petang bertempat di majlis pelancaran tiket di Fahrenheit88, Kuala Lumpur.

G-DRAGON2013WorldTourConcertLiveinMalaysia1

Konsert ini merupakan konsert solo pertama G-Dragon, yang juga ketua kumpulan BIGBANG selepas dia dan kumpulannya berjaya memukau ribuan penonton dengan persembahan yang sangat bertenaga di Malaysia tahun lepas.

Apa yang menariknya, ini merupakan konsert outdoor pertama G-Dragon dan ia memberi peluang kepada peminat-peminat untuk menikmati persembahannya di ruang terbuka sambil diiringi nyanyian dan tarian unik oleh G-Dragon.

G-Dragon nampaknya bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang terbaik apabila dia sendiri berlatih teknik koreografinya bersama koreografer terkenal iaitu Travis Payne dan Stacey Walker yang mana kedua-duanya pernah bekerja bersama Michael Jackson untuk jelajah “This Is It” suatu masa dahulu.

Untuk pengetahuan umum, harga tiket yang bermula dari RM188, RM388, RM488, dan RM588 juga boleh dibeli secara online pada 11 Mei bermula dari 2 petang untuk mengelakkan kesesakan masa penjualan tiket di kaunter.

Tiket yang berharga RM588 (Cat 1) hanya boleh didapati pada majlis pelancaran tiket dan sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan peminat-peminat, pemegang tiket Cat 1 layak untuk mendapat poster yang ditandatangani oleh G-Dragon pada hari berlangsungnya konsert itu.

Selain daripada itu, dua kaunter akan dibuka untuk menjual barangan-barangan cenderahati pada hari pelancaran itu. Tunggu apa lagi? Cepat tandakan kalendar anda jika tak mahu ketinggalan!

Bagi yang ingin mendapatkan lebih informasi mengenai cenderahati dan tiket yang dijual, anda boleh layari laman Facebook atau website RITS.

Jom tengok video terbaru G-Dragon di bawah:

SKIP THIS AD ×