berita

Gadis 22 Tahun Berketurunan Punjabi, Shweta Sekhon Miss Universe Malaysia 2019.. Lawanya!

March 8th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pertandingan ratu cantik Miss Universe menjadi acara tahunan bagi setiap negara dan lebih dari 190 negara yang masuk bertanding. Tahun ini menyaksikan gadis manis berusia 22 tahun, Shweta Sekhon dinobat sebagai Miss Universe Malaysia untuk edisi 2019.

Gadis berketurunan Punjabi ini berjaya mengenepikan saingan 18 peserta lain dalam mempamerkan kehebatan dan kebolehan mereka masing-masing.

Empat peserta terbaik ke final

Menerusi laporan Astro Awani, acara Malam Gala Miss Universe Malaysia 2019 berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur itu dimulakan dengan 18 peserta menggayakan pakaian mandi sebelum 10 peserta melayakkan diri ke pusingan Top 10.

Acara ini juga dimemeriahkan lagi dengan persembahan dari Datuk Sheila Majid yang mengiringi 10 peserta di atas pentas memperagakan gaun malam masing-masing.

Top 10 di peringkat suku akhir diadili untuk membolehkan juri memilih empat peserta terbaik untuk mera ke pusingan akhir. Antara peserta yang mara ke peringkat akhir termasuk Shweta, Tessminderjit Kaur, Lee Su Hsien dan Frost Yaw Hui Jing.

Layak bergelar juara

Pusingan akhir Miss Universe Malaysia edisi 2019 ini menyaksikan empat peserta diberikan soalan dan perlu menjawab dengan masa yang diberikan 30 saat. Ternyata jawapan yang diberikan Shweta cukup bijak sekali gus menempatkan dirinya layak untuk digelar juara.

Shweta akan mewakili Malaysia ke pentas Miss Universe pada tarikh yang akan diumumkan oleh organisasi Miss Universe pada pertengahan tahun ini.

Miss Universe Malaysia 2019

https://www.instagram.com/p/ButxFe6FzqP/

Dia sangat fokus

https://www.instagram.com/p/Buu1LcglOIB/

Diharapkan Shweta Sekhon untuk terus konsisten dan cemerlang dan mampu memberi saingan di pentas Miss Universe nanti.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×