berita

Gadis Bela Nyamuk Jadi Haiwan Peliharaan, Bagi ‘Makan’ Darah Sendiri

January 22nd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang gadis di Indonesia, membuatkan ramai netizen pening atas pilihannya untuk menjadikan seekor nyamuk sebagai haiwan peliharaannya. Video dia menjaga nyamuk tersebut telah dimuat naik ke laman TikTok dan tular serta menimbulkan rasa bingung dalam kalangan netizen.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Lebih 8k Perkongsian, Netizen Terhibur Anak Kecil Ini Menangis Nak Bela Babi

Bagi makan darah sendiri kat nyamuk

@michelleeserafinSmoga bermanfaat ya gais ?? #fyp #fyp?? original sound – MichFin?

Video Tiktok berdurasi 11 saat itu menunjukkan pengguna TikTok dengan akaun @michelleeserafin menjaga seekor nyamuk di dalam botol. Nyamuk itu juga diberikan nama ‘Molly’.

Ini adalah cara bagaimana saya memberi Molly makan.

Itulah yang ditulis oleh gadis tersebut pada status video berkenaan. Untuk membantu ‘Molly’ makan, beliau sanggup membuka  lalu mengarahkan mulut bekas tersebut ke kakinya. Rupanya, gadis ini rela kakinya digigit dan darahnya dihisap oleh nyamuk peliharaanya tersebut. Selepas selesai makan, gadis tersebut akan menutup bekas tersebut supaya nyamuk tersebut tidak keluar dari botolnya.

Sumber: suarajabar.id

SKIP THIS AD ×